Friday, 21 October 2011

Perjalanan karier seni TVXQ 2003 - 2009


2004
TVXQ memulai debutnya tanggal 26 Disember 2003 dengan membawakan lagu Hug serta versi a capella "O Holy Night" bersama BoA. Walaupun baru muncul, mereka langsung diakui sebagai kumpulan muzik idol. Seterusnya, mereka merilis dua single sekaligus, ("Hug" dan "The Way U Are"), lengkap dengan buku foto.

 2005
Debut mereka secara rasmi di Jepun dgn single bahasa Jepun, "Stay with Me Tonight" pada 27 April 2005. Sebelumnya di Jepun mereka sudah mengeluarkan versi bahasa Inggeris single "Hug" dan album perdana Tri-Angle. Singel bahasa Jepun ke-2, "Somebody to Love" dirilis 13 Julai tahun yang sama, dan sampai di urutan ke-7 tangga singelOricon.
Masih di tahun 2005, TVXQ juga merilis single ke-3 di Jepun, "My Destiny", album Korea ke-2, Rising Sun, dan single Show Me Your Love bersama rakan selabel, Super Junior. Di akhir tahun, TVXQ menerima penghargaan musik video terbaik untuk lagu "Rising Sun" dan People 's Choice Award versi Mnet KM Music Video Festival.



2006

Sebelum mengeluarkan album ke-3 di musim gugur 2006, TVXQ melakukan lawatan promosi dan pertunjukan keliling di Malaysia, Thailand, dan China. Selanjutnya mereka sibuk belajar bahasa Jepun sambil mempersiapkan tur perdana di Jepun untuk promosi album Heart, Mind and Soul. Setelah itu, TVXQ tampil di Jepun dalam konsert musim panas "a-nation" yang diadakan setahun sekali oleh syarikat rakaman Avex Trax. Di panggung yang sama juga tampil Hamasaki Ayumi, Koda Kumi, dan Namie Amuro.
Di Thailand, TVXQ menerima dua anugerah Thailand Music Awards untuk Musik Video Terbaik (Rising Sun) dan Artis Asia Pilihan. Selain itu, mereka masih menerima 2 anugerah lain di Thailand ("Popular Vote Asia Artist" dan "Virgin Hits Awards 2006"). Pada tahun yang sama, single ke-7 berjudul "Sky" sempat duduk di tangga ke-6 tangga lagu Oricon.
Album ke-3, "O" -
. . . (dibaca 'O' - Jung.Ban.Hap) dibuat dalam 2 edisi. Edisi pertama dikeluarkan 29 September 2006, sedangkan edisi ke-2 dikeluarkan 11 November 2006. Sebulan selepas diedarkan, album tersebut sudah laku di atas 100 ribu keping dan menjadi album terlaris tahun 2006 di Korea.
Album DVD mereka, All About TVXQ menjadi DVD terlaris tahun 2006 di Korea Selatan, setelah laku sebanyak 47.186 keping. Selanjutnya, TVXQ menjadi bintang tamu di Festival Film Asia Pasifik ke-51 di Taipei, dan membawakan lagu "'o'-Jung. Ban.Hap."

Pada MKMF Music Festival 2006, mereka memenangi 4 penghargaan, termasuk Kumpulan Terbaik dan Artist of the Year.

Pada 1 Disember 2006, TVXQ menerima 3 penghargaan sekaligus pada Seoul Music Festival ke-16, termasuk penghargaan "Daesang" (artis Terbaik)





2007

Pada 7 Mac 2007, single ke-10 mereka "Choosey Lover" dirilis di Jepun, dan menduduki urutan ke-5 tangga singel Oricon. Masih di bulan yang sama (14 Mac 2007), TVXQ merilis album bahasa Jepun Five in the Black, dan berjaya menduduki tempat ke-6 tangga album Oricon.
Singel bahasa Jepun TVXQ ke-11, "Lovin 'You" sampai di urutan ke-2 tangga single Oricon pada 13 Jun 2007. Kejayaan tersebut disusuli single ke-12, "SUMMER ~ Summer Dream / Song for you / Love in the Ice ~" (1 Ogos 2007) yang langsung menduduki puncak tangga lagu Oricon.




2008
Mirotic adalah album Korea ke-4 TVXQ, dikeluarkan pada tarikh 26 September 2008. Mirotic sendiri dalam bahasa Inggeris bererti "maze" atau labirin seperti dicadangkan oleh Kim Jaejoong. Album ini sudah dirancang sejak tahun 2007, tetapi belum ada keputusan mengenai judul album hingga Januari 2008. Hanya dalam 3 hari selepas album dikeluarkan, album Mirotic berjaya lagi menjadi album TVXQ terlaris pada tahun 2008 di Korea. Pada tarikh 15 November 2008, album ini memenangi anugerah Album Terbaik Tahun 2008 MKMF Korean Music Festival Awards.
Koreografer video musk
주문-MIROTIC, bekerja sama antara koreografer Korea and Kenny Wormald, yang juga bekerja sama dengan koreografer bintang pop Justin Timberlake, Chris Brown, dan Christina Aguilera.



2009.

Pada awal tahun 2009, mereka meriliss single ke-25, "Bolero / Kiss the Baby Sky / Wasurenaide". Single ini merupakan single yang hanya diedarkan di Jepun. Salah satu lagu dari single ini, "Wasurenaide" dijadikan lagu iklan salah satu produk kosmetik Menard di Jepun. DBSK juga merilis lagu "Survivor" yang merupakan lagu beat bertempo cepat. DBSK juga mengeluarkan album baru yang bertajuk The Secret Code yang mengandungi lagu sebanyak 14 buah. Dalam 2 hari penjualan album ini sudah terjual lebih dari 100 ribu kopi, dan menduduki peringkat ke-2 dalam tangga lagu Oricon




faithing!!^^

No comments:

Post a Comment